Saturday, August 9, 2014

Lawatan Sambil Belajar ke Saanen Dairy Goat Farm

Lawatan Sambil Belajar ke Saanen Dairy Goat Farm di Balik Pulau 
pada 9 Ogos 2014 (Sabtu)






























PENDAHULUAN

            Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka Panitia Sains, SM Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Saanen Dairy Goat Farm. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman di luar bilik darjah kepada pelajar-pelajar . Melalui program ini juga, interaksi antara guru-guru dan pelajar-pelajar telah ditingkatkan dan secara tidak langsung telah merapatkan hubungan antara mereka.


Pada 9/8/2014 hari Sabtu, kami seramai 40 orang yang terdiri daripada 33 orang murid dan 7 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang telah melawat ke Saanen Dairy Goat Farm di Balik Pulau dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Di antara aktiviti yang dijalankan:
 Tambahan: Lawatan ke Kilang Buah Pala
1.      Goat feeding
2.      Soap making
3.      Mantau making  

OBJEKTIF

       1. Program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar - pelajar            
           pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang    
           bersesuaian.

       2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan

           suasana dan pengalaman yang baru.

       3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
           dengan dunia luar dan masyarakat.
       4. Memberikan pengalaman di luar bilik darjah.


 
PENUTUP
      Kami berasa sangat gembira kerana dapat merasa dan melihat sendiri kambing Saanen, membuat sabun dan mantau. Kami telah menikmati keseronokan sambil menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah.

















 
 

Thursday, July 17, 2014

Karnival Akademik

Karnival Akademik
Sains

Tarikh: 17 Julai 2014
Masa: 7.30 pagi hingga 11.30 pagi





Saturday, May 31, 2014

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air 2014


  LAPORAN PERTANDINGAN 
TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET AIR 2014

            Pada 29 Mac 2014 hingga 31 Mac 2014, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan telah menyertai pertandingan teknologi pelancaran roket air buat kali pertama. Pertandingan tersebut telah diadakan di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang yang melibatkan penyertaan sebanyak 78 buah sekolah dari seluruh negeri Pulau Pinang. 

Pasukan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan yang terdiri daripada Muhammad Aiman Effendy Bin Asrul Effendy dan Chaw Yuan Xie dan seorang guru iaitu Encik Mohd Asrul Sani Bin Othman selaku mentor telah mewakili sekolah dalam pertandingan itu. 

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket air dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:-
  •      Kategori R1 (Pembentangan)
  •       Kategori R2 (Payung terjun)
  •       Kategori R3 (Sasaran)
  •      Kategori R4 (Terbuka)



























Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang



KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI @ POLITEKNIK SEBERANG PERAI
         
    Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi anjuran Jabatan Pendidikan Negeri ((JPN) Pulau Pinang telah diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pematang Pauh. SMPKP telah menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada tiga pelajar tingkatan 4, Hamizan Azizan Auji bin Ismail, Nur Halida binti Nazley dan Jane Soh Moon En serta diiringi oleh guru penasihat Pn. Nor Azimah binti Zubit. Berkat usaha yang berpanjangan, pasukan sekolah telah meraih tempat kedua untuk kategori Teknologi.


TAJUK REKACIPTA
            Silent Alarm


PENYELIDIKAN

            Sistem bunyi ‘alarm’ daripada jam loceng akan ditukarkan kepada sistem getaran. Signal loceng daripada jam loceng dapat dipindahkan kepada ‘vibrator’ yang akan diletakkan di bahagian tertentu badan pelajar. Keseluruhannya projek ‘Silent Alam’ ini akan menggunakan dan mengembangkan konsep ‘alarm car’ dan ‘door bell’ yang berfungsi menggunakan ‘transmitter’ dan ‘receiver’.
  

KAEDAH PENGGUNAAN
            Pengguna akan memakai ‘receiver’ pada bahagian tertentu di badan. Masa akan diset pada jam loceng. Apabila tiba pada waktu yang diset, maklumat itu akan dipindahkan kepada badan pengguna melalui ‘transmitter’ pada jam loceng. Receiver tersebut akan vibrate untuk memberitahu pengguna masa yang diset sudah tiba.










KESIMPULAN
            Diharapkan produk alternatif ini dapat memberi manfaat kepada golongan bermasalah pendengaran dengan mengkomersialkan produk ini dalam pasaran dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan sasaran dan juga orang ramai.