Saturday, May 31, 2014

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang



KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI @ POLITEKNIK SEBERANG PERAI
         
    Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi anjuran Jabatan Pendidikan Negeri ((JPN) Pulau Pinang telah diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pematang Pauh. SMPKP telah menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada tiga pelajar tingkatan 4, Hamizan Azizan Auji bin Ismail, Nur Halida binti Nazley dan Jane Soh Moon En serta diiringi oleh guru penasihat Pn. Nor Azimah binti Zubit. Berkat usaha yang berpanjangan, pasukan sekolah telah meraih tempat kedua untuk kategori Teknologi.


TAJUK REKACIPTA
            Silent Alarm


PENYELIDIKAN

            Sistem bunyi ‘alarm’ daripada jam loceng akan ditukarkan kepada sistem getaran. Signal loceng daripada jam loceng dapat dipindahkan kepada ‘vibrator’ yang akan diletakkan di bahagian tertentu badan pelajar. Keseluruhannya projek ‘Silent Alam’ ini akan menggunakan dan mengembangkan konsep ‘alarm car’ dan ‘door bell’ yang berfungsi menggunakan ‘transmitter’ dan ‘receiver’.
  

KAEDAH PENGGUNAAN
            Pengguna akan memakai ‘receiver’ pada bahagian tertentu di badan. Masa akan diset pada jam loceng. Apabila tiba pada waktu yang diset, maklumat itu akan dipindahkan kepada badan pengguna melalui ‘transmitter’ pada jam loceng. Receiver tersebut akan vibrate untuk memberitahu pengguna masa yang diset sudah tiba.










KESIMPULAN
            Diharapkan produk alternatif ini dapat memberi manfaat kepada golongan bermasalah pendengaran dengan mengkomersialkan produk ini dalam pasaran dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan sasaran dan juga orang ramai.

 

No comments:

Post a Comment